Tarikh           : 8 JULAI 2018

Masa            : 10.00 PAGI - 2.00 PETANG

Lokasi           : PUSAT INTERNET KG PENAN MUSLIM

Pengunjung  : 76 ORANG

 

 

 

 

 

TUJUAN

Program ini bertujuan untuk mengeratkan semangat perpaduan dan silaturahim penduduk kampung dan dapat menerapkan nilai-nilai murni dan secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama masyarakat melalui program sebegini. Selain itu, komuniti juga didedahkan dengan penggunaan internet dengan bijak dengan Taklimat klik dengan bijak yang diberikan oleh petugas.

AKTIVITI

 Program ini telah bermula pada jam 10.00 pagi di mana semua peserta dan pengunjung dikehandaki untuk mendaftar. Kemudian, aktiviti dimulakan dengan pertandingan mewarna bagi katergori sekolah rendah, menengah dan dewasa. Setiap peserta dikehendaki membawa peralatan mewarna masing-masing dan masa diberikan adalah 1jam. Pada jam 11.30 pagi semua peserta diberikan taklimat klik dengan bijak dan kuiz. Peserta yang dapat menjawab kuiz klik dengan bijak yang betul diberikan hadiah saguhati. Selepas itu, peserta dijemput untuk jamuan makan tengahari sebelum majlis penyampaian hadiah diadakan.  

GAMBAR DISINI

Tarikh        : 27 MEI 2018

Masa         : 5.30PETANG- 7.00 MALAM

Lokasi       : PI KG PENAN MUSLIM

Pengunjung     : 50 ORANG

 

 

 

 

 

TUJUAN

Program ini bertujuan untuk memupukkan kerjasama di kalangan persatuan dalam kampung dan meningkatkan silaturahim di kalangan komuniti. Selain itu program ini juga menyerlahkan lagi aktiviti pusat internet kepada komuniti supaya komuniti dapat bekerjasama untuk melakukan apa sahaja aktiviti yang memberi kebaikan kepada komuniti.

AKTIVITI

 Program ini telah bermula pada jam 12.00 tengah hari dengan aktivit gotong-royong memasak bubur pedas. Bubur pedas merupakan juadah yang popular di Sarawak ketika bulan Ramadhan. lebih kurang 15 orang yang terlibat dalam aktivit gotong-royang ini. Selepas asar, bubur pedas diagihkan kepada penduduk setempat. Kemudian program berbuka bersama komuniti menyusul selepas sedikit taklimat klik dengan bijak.

GAMBAR DISINI

Tarikh        : 24 FEB 2018

Masa         : 9.00PAGI- 12.00 TENGAHARI

Lokasi       : PI1M KG PENAN MUSLIM

Peserta     : 5 ORANG

 

 

 

 

 

TUJUAN

Kelas ini telah dihadiri oleh 5 orang peserta yang terdiri daripada gologan wanita dan suri rumah yang menjalankan perniagaan. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta untuk memperkenalkan dan mempromosikan produk mereka sendiri dengan memberi nama produk, maklumat, bahan-bahan yang terkandung, tarikh luput, cara penggunaan dan sebagainya. Ianya penting untuk pelanggan mengetahui dan menghubungi usahawan tersebut sekiranya mereka berminat mendapatkan produk tersebut.

AKTIVITI

 Program ini telah bermula pada jam 9.00 pagi di bilik latihan PI1M Kg Penan Muslim. Setiap peserta digalakkan untuk membawa produk sendiri. Mereka telah diberi penerangan tentang asas keusahawan oleh petugas cara untuk mempromosikan produk mereka. Selain itu, mereka disuruh untuk mencari contoh tag produk di dalam internet. Kemudian mereka telah diajar membuat tag menggunakan Microsoft Word. Hasil yang telah siap dicetak untuk setiap peserta yang hadir.

GAMBAR DISINI

Tarikh        : 29 APRIL 2018

Masa         : 8.30PAGI- 5.00 PETANG

Lokasi       : PUSAT INTERNET KG PENAN MUSLIM

Pengunjung     : 92 ORANG

 

 

 

 

 

TUJUAN

Program ini bertujuan untuk membantu usahawan kampung memasarkan dan mempromosikan produk mereka selepas mengikuti bengkel myshop sebelum ini. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk meningkatkan jumlah pengguna Myshop.

 

AKTIVITI

 Program ini telah bermula pada jam 8.30 pagi di  PI Kg Penan Muslim. Setiap pengunjung dan peserta perlu mendaftarkan diri. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti booth jualan produk usahawan kampung, cabutan bertuah, pertandingan gerai terbaik, pertandingan mewarna, Pertandingan isi air dalam botol dan pertandingan baling bola dalam bakul. Pada jam 4.30 petang, majlis penyampaian hadiah kepada para peserta diadakan.

 

GAMBAR DISINI

Tarikh        : 28 JANUARI 2018

Masa         : 8.30 PAGI – 5.00 petang

Lokasi        : PI1M KG PENAN MUSLIM

Peserta      : 5 ORANG

 

 

 

 

 

 

Pada 28 Januari 2018, Pusat Internet 1Malaysia Kampung Penan Muslim telah mengadakan Bengkel Keusahawanan - Membuat roti dan kek. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mengajar pseserta cara-cara membuat roti dan kek yang sedap dan mudah untuk santapan sendiri mahupun tujuan perniagaan persendirian.

Tenaga pengajar iaitu Puan Noraini merupakan seorang pengusaha kek dan roti di sekitar Bintulu. Dia juga sering mengajar komuniti di daerah lain yang berminat untuk belajar cara-cara membuat kek dan roti. Dalam kelas ini, para peserta berpeluang untuk membuat roti dan kek bersama-sama tenaga pengajar. Para peserta juga diberikan buku resipi dan banyak tips berguna dalam pembuatan roti dan kek. Antara roti yang dibuat adalah bun sarang lebah, bun caterpillar, bun cheese, bun chicken floss dan mini pizza. Semua bahan disediakan oleh tenaga pengajar.

 

GAMBAR DISINI