SELAMAT DATANG KE PORTAL PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) KG PENAN MUSLIM

Untuk peringkat fasa 1, sebanyak 18 buah NADI ditubuhkan di dalam negeri Sarawak. Kampung Penan Muslim telah dipilih menjadi salah satu lokasi penubuhan NADI . Kedudukannya yang terletak di pinggir bandar dan penempatan sebagai sebuah kampung yang berpusat melayakkan Kampung Penan Muslim menjadi kawasan strategik untuk penubuhan NADI.

NADI Kampung Penan Muslim terletak di Lorong Bunga Anggerik di dalam Kampung Penan Muslim. NADI ini terletak di tingkat bawah bangunan dua tingkat. Bangunannya terletak di tanah wakaf dan kini dijaga oleh Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Penan Muslim. Bangunan dua tingkat ini dahulunya digunakan sebagai Tadika Hikmah sehingga tahun 2006.

Pada tahun 2009, bangunan ini telah mula diubahsuai. Oleh kerana bangunan ini telah lama tidak digunakan, bekalan elektrik dan bekalan air telah diputuskan. Oleh yang demikian, beberapa halangan telah menyukarkan proses pengubahsuaian bangunan ini terutama pengubahsuaian bahagian dalam akibat daripada ketiadaan elektrik. Walaubagaimanapun, hujung tahun 2009, bangunan ini telah disiapkan dan semua peralatan di dalam NADI telah tersedia pada awal tahun 2010.

NADI Kampung Penan Muslim telah mula beroperasi secara rasmi pada 17 Mac 2010. Pada awal pembukaannya, sambutan amat menggalakkan kerana satu-satunya  one-stop centre dengan pelbagai perkhidmatan yang terdekat di Kampung Penan Muslim.

Sejajar dengan penubuhan NADI sebagai pusat merapatkan jurang digital, NADI juga memberikan latihan ICT kepada komuniti yang telah menjadi ahli secara percuma seperti:

v  Pengenalan Asas Komputer

v  Asas Internet

v  Klik Dengan Bijak

v  Kelas Asas Keusahawanan (Shopee, Online Bussiness, Basic AI)

v  Intel Learn Easy Step (ILES)

v  Aplikasi  Elektronik

v  E-Kerajaan

v  E-Pembelajaran

v  E-Dagang

 

v  Desktop publishing seperti Microsoft Office

v  Microsoft Office Word

v  Microsoft Office Excel

v  Microsoft Office Powerpoint