TARIKH : 15 OGOS & 22 OGOS 2020

MASA : 9.30 PAGI - 4.30 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG PENAN MUSLIM

PESERTA : BERUMUR 7 TAHUN SEHINGGA 17 TAHUN

 

Bengkel ini dibuat untuk menggalakan dan membantu para remaja untuk mengikuti pertandingan poster yang dianjurkan oleh Pusat Internet. Nama pertandingan adalah Poster Pusat Internet Pemacu Transofmasi Dunia Digital.

Syarat-syarat pertandingan:

  • Berumur 7 tahun sehingga 17 tahun
  • Warganegara Malaysia dah ahli berdaftar Pusat Internet di bawah kelolaan TM/MSD
  • karya sendiri tidak diciplak dan menggunakan aplikasi atau perisian di Pusat Internet masing-masing.
  • Perlu daftar sebagai peserta pertandingan dan mengikuti satu kelas aplikasi atau perisian.

 

Tujuan:

i. Menggalakkan Remaja Terus aktif dengan Pusat Internet

ii. Aktiviti kreatif untuk remaja

iii. Meningkatkan penggunaan My Vote dalam aplikasi Dashboard

iv. Membantu petugas capai KPI peserta Latihan multimedia

 

GAMBAR DISINI

TARIKH             : 21 DISEMBER 2019

MASA                : 7.30 PAGI - 1.00 PETANG

LOKASI             : PUSAT INTERNET KG  PENAN MUSLIM

PENGUNJUNG : 110 ORANG

 

TUJUAN

Memperkenalkan PI secara keseluruhan dimana PI menyediakan pelbagai kemudahan ICT untuk kegunaan komuniti setempat. Selain itu juga memperkenalkan aplikasi Dashboard Komuniti yang merupakan aplikasi khas yang dibina untuk kegunaan komuniti setempat di sekitar PI. Selain itu, aspek kesihatan juga diutamakan selain daripada lestari ICT.

 

AKTIVITI

Program ini telah bermula pada jam 7.30 pagi di mana semua pengunjung dan peserta dikehendaki untuk mendaftar terlebih dahulu. Berikut merupakan antara aktiviti yang telah dijalankan pada Program Lestari ICT & Cakna Kesihatan Kg Penan Muslim 2019:

 

Pendaftaran peserta dan pengunjung

Pemeriksaan kesihatan (KOSPEN)

Senamerobik

Demo Berus Gigi (Klinik Pergigian Bintulu)

Pertandingan Sushi Sihat

Pertandingan Mengisi Air dalam Botol

Pertandingan Menulis Artikel (Tips menjaga kesihatan)

Pertandingan Muat Naik Produk ke Myshop

Taklimat dan Kuiz Advokasi KDB

Kuiz Kahoot

Pertandingan Senaman Poco-poco

 

Terdapat juga berberapa agensi yang terlibat untuk pameran dan taklimat. Antaranya adalah:

 

Klinik Kesihatan Bintulu

Jabatan Pergigian Bintulu

Telekom Malaysia (TM) Bintulu

KWSP

Jabatan Pertanian Bintulu

 

GAMBAR DISINI

TARIKH             : 16 NOVEMBER 2019

MASA                : 8.00 PAGI - 1.00 PETANG

LOKASI             : PUSAT INTERNET KG  PENAN MUSLIM

PENGUNJUNG : 112 ORANG

 

TUJUAN

Memperkenalkan PI secara keseluruhan dimana PI menyediakan pelbagai kemudahan ICT untuk kegunaan komuniti setempat. Selain itu juga memperkenalkan aplikasi Dashboard Komuniti yang merupakan aplikasi khas yang dibina untuk kegunaan komuniti setempat di sekitar PI. Ia mengambil kira keperluan komuniti setempat dari segi perhubungan,pembelajaran, perniagaan, kesihatan dan juga pentadbiran. Pembangunan aplikasi ini diharapkan dapat merapatkan jurang digital antara komuniti bandar dengan luar bandar.

AKTIVITI

Program ini telah bermula pada jam 8.00 pagi di mana semua pengunjung dan peserta dikehendaki untuk mendaftar terlebih dahulu. Berikut merupakan antara aktiviti yang telah dijalankan pada Hari Bersama Komuniti  Kg Penan Muslim 2019:

Pendaftaran peserta dan pengunjung

Pemeriksaan kesihatan

Bengkel Keusahawanan

Pertandingan Membuat Tag Produk

Pertandingan MyShop

Pertandingan Menaip pantas

Pertandingan Membuat Video (Menarik di Kampung Saya)

Pertandingan Mewarna Poster

Pertandingan Mengarang Artikel

Kuiz Kahoot

 

Terdapat juga berberapa agensi yang terlibat untuk pameran dan taklimat. Antaranya adalah:

Kementerian Kesihatan

Telekom Malaysia (TM) Bintulu

Lembaga Tabung Haji

Celcom

Pada jam 10.30 pagi semua pengunjung diberi taklimat Klik dengan Bijak daripada petugas pusat internet mengenai Penipuan di Internet dan taklimat juga promosi daripada agensi yang terlibat. Program diteruskan dengan Ceramah kesihatan daripada Kementerian Kesihatan tentang penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

GAMBAR DISINI

 

 

 

TAJUK     : BENGKEL SMART SIFIR

LOKASI   : PUSAT INTERNET KG PENAN MUSLIM

PESERTA : PELAJAR SEKOLAH RENDAH

 

TUJUAN

Bengkel smart sifir ini diadakan untuk mengisi masa belajar sempena cuti persekolahan dan bertujuan untuk memupuk semangat belajar khususnya untuk pelajar sekolah rendah yang lemah dalam subjek matematik juga untuk meningkatkan kemahiran mengingati sifir. Di samping itu,ia mampu meningkatkan minat dengan bantuan PI yang menyediakan pelbagai kemudahan ICT lagi menarik minat dalam pembelajaran.

Matlamat Program Smart Sifir 

  1. Menguasai kemahiran mengingati sifir
  2. Persediaan untuk menghadapi ujian akademik
  3. Dapat melatih dalam kemahiran menaip menggunakan perisian Microsoft Word dan Microsoft Excel
  4. Melatih para peserta berfikir secara pantas dan bertindak dengan bijak serta bersaing bersama-sama dengan peserta lain secara positif.

 

AKTIVITI

Program ini berlangsung sepanjang cuti persekolahan 2019 yang bermula dari 25 November 2019 dan berakhir pada 27 December 2019. Bengkel ini akan di adakan empat hari seminggu iaitu isnin sehingga khamis. Pada hari isnin dan selasa peserta akan mempelajari dengan menggunakan perisian Microsoft Word dan Excel manakala hari rabu dan khamis petugas PI akan memberi kelas praktikal kepada peserta.

GAMBAR DISINI

Tarikh           : 20 JANUARI 2019

Masa            : 7.30 PAGI - 1.30 PETANG

Lokasi           : PUSAT INTERNET KG PENAN MUSLIM

Pengunjung  : 105 ORANG

 

 

 

 

 

TUJUAN

Program ini bertujuan untuk memperkenalkan PI sebagai tempat rujukan komuniti sihat serta mengeratkan kerjasama PI dengan komuniti Kampung, agensi, Jkkk, dan NGO untuk mewujudkan Komuniti sihat.  Program ini juga bertujuan untuk mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.Selain itu, komuniti juga didedahkan dengan penggunaan internet dengan bijak dengan Taklimat klik dengan bijak yang diberikan oleh petugas.

AKTIVITI

 Program ini telah bermula pada jam 7.30 pagi di mana semua peserta dan pengunjung dikehandaki untuk mendaftar. Antaran aktiviti yang diadakan adalah seperti :

  • Pendaftaran Ahli Baru
  • Muat Turun Aplikasi Dashboard Komuniiti
  • Senamrobik
  • Demo Memberus Gigi Kanak-Kanak
  • Saringan Kesihatan
  • Pemeriksaan Gigi
  • Pameran Kesihatan
  • Ceramah Kesihatan
  • Taklimat Klik Dengan Bijak
  • Pertandingan Mewarna Poster
  • Pertandingan Hidangan Sihat
  • Pertandingan Makan Salad
  • Pertandingan Kahoot Kuiz Kesihatan
  • Pertandingan Bowling Kelapa
  • Pertandingan Artikel Kesihatan (Mykomuniti)
  • Pertandingan Menaip Pantas
  • Pertandingan Aerodance
  • Program Derma Darah

Pada jam 11.30 pagi semua peserta diberikan taklimat klik dengan bijak dan kuiz. Peserta yang dapat menjawab kuiz klik dengan bijak yang betul diberikan hadiah saguhati. Selepas itu, peserta dijemput untuk jamuan makan tengahari sebelum majlis penyampaian hadiah diadakan.  

GAMBAR DISINI

Pendaftaran Ahli Baru

Muat Turun Aplikasi Dashboard Komuniiti

Senamrobik

Demo Memberus Gigi Kanak-Kanak

Saringan Kesihatan

Pemeriksaan Gigi

Pameran Kesihatan

Ceramah Kesihatan

Taklimat Klik Dengan Bijak

Pertandingan Mewarna Poster

Pertandingan Hidangan Sihat

Pertandingan Makan Salad

Pertandingan Kahoot Kuiz Kesihatan

Pertandingan Bowling Kelapa

Pertandingan Artikel Kesihatan (Mykomuniti)

Pertandingan Menaip Pantas

Pertandingan Aerodance

Program Derma Darah